SELAMAT DATANG KE

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

WELCOME TO

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

KUIZ MERDEKA RIA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

CERAMAH KEMERDEKAAN

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

TIKTOK MERDEKA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

INFO

TARIKH

16 Ogos 2021 – 16 September 2021

TEMPAT

SK Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

ANJURAN

Kelab Rukun Negara, SK Bertam Indah

DENGAN KERJASAMA

Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Bertam Indah


RASIONAL

Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah. Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang diperoleh melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru. 

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGANJURAN

1. Menyemai semangat patriotisme dan cintakan Negara.
2. Mencungkil bakat pelajar. 
3. Menguji pengetahuan am para pelajar.
4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
5. Menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
6. Mensyukuri nikmat atas kemerdekaan yang dikecapi.

SENARAI AKTIVITI

1. Kuiz Kemerdekaan
2. Ceramah Kemerdekaan
3. Tik Tok  Merdeka

SASARAN PENYERTAAN 

31 buah sekolah seluruh Malaysia

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA  

1. Murid-murid dari sekolah-sekolah berprestasi tinggi seluruh Malaysia.
2. Murid-murid dari sekolah kebangsaan seluruh Malaysia.

JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN

1. Murid dapat menghayati nilai-nilai serta perjuangan kemerdekaan.
2. Meningkatkan KPI sekolah melalui penyertaan ini.
3. Berinteraksi dan menjalinkan hubungan dengan murid-murid dari sekolah yang berlainan.
4. Mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
5. Mencapai tahap penguasaan cemerlang dalam PAJSK.
6. Membentuk jati diri dan disiplin dalam kalangan murid.


0 comments:

Post a Comment